Sunday, August 8, 2010

Walimatul Urus (Kenduri kahwin)..


DEFINISI…
Menurut Imam  Ash-Shan’ani , Kata walimah (وَلِيْمَة) diambil dari kata asal (ولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.
Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:
Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus.
Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan) .
Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:
“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad s.a.w menjadi seorang pengantin dengan Zainab bin Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)
Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .
Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur maksiat dan perkara yang bercanhggah dengan syara’
Contoh   :- majlis tari-menari, menyanyi, mengadakan majlis secara besar-besaran dengan  tujuan untuk  menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga mahupun keturunan.
Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakan dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugat masa depan rumah tangga.
HUKUM WALIMATUL URUS…
Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar tidak timbul fitnah.
Imam  Ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:
“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu disunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak tahu apabila ada ulama yang mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut”.
Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah.”
Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah:
“Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.”
HUKUM MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN..

Sesiapa yang diundang ke majlis perkahwinan “wajib” menghadiri majlis tersebut sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah ataupun keuzuran syara’. Selain itu, “wajib” untuk  menghadiri majlis kenduri kahwin sekiranya majlis itu tidak berunsurkan maksiat dan khurafat.
Siapa Yang Mengadakan Walimah
Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.
Dari Anas r.a beliau berkata:
“Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)
Juga dari Anas r.a beliau menjelaskan:
“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah.
Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Waktu Walimah
Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.
Ibnu as-Subki berkata:
“Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin,
Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh) .
Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun’im Salim:
“Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)
KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN..

1)      Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t
2)      Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut yakni hubungan yang telah menghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.
3)      Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)
4)      Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru
5)      Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan  dan ukhuwah Islamiyah antara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
6)      Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.
7)      Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan tersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut.




ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM
Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.
  1. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”
  1. Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.
  1. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”
Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:
“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa, perempuan yang bersifatdengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”
Sebuah hadis Rasulullah saw lagi:
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina.”
  1. Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”
Rasulullah saw. bersabda:
“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”

2 comments:

  1. assalam.... bole x sy taw tntg rjukan kenduri kwin nie?? sy nk bt rujukan utk research sy.... trime ksh...

    ReplyDelete
  2. kalau kesyukuran je aku pegi, huhu

    ReplyDelete