Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang telah mengizinkan kita pada hari ini, menghirup udara yang segar, diberi kehidupan yang panjang seterusnya mengabdikan diri kita kepada Alla s.w.t.. Sedar tak sedar, sekarang kita sudah berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Yakni bulan yang mulia dimana kita diwajibkan berpuasa bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam.. Allah s.w.t memberikan banyak kelebihan kepada hambanya yang melaksanakan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini. Allah s.w.t membuka pintu rahmat yang seluas-luasnya malahan, membuka pintu-pintu keampunan kepada sesiapa yang dikehendaki nya (puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan amalan yang lain).. Walhal, Allah s.w.t telah melipat gandakan pahala kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah wajib mahu pun sunat di Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan yang penuh dengan kerahmatan.. Alhamdulillah, pada hari ini suaraminda ingin berkongsi sedikit mengenai Ramadhan VS Nafsu yang merupakan topik hangat di Madrasah tempat suaraminda menunaikan solat terawih pada hari ini. Sekadar perkongsian untuk kita bersama..
Adakala manusia terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.. Secara tidak kita sedari, sudah 1 minggu kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Dalam bulan Ramadhan ini, kita dituntut agar menahan diri kita daripada lapar dan dahaga selain godaan2 nafsu yang lain yang akan menggugat ibadah puasa yang sedang kita jalani.. Di bulan Ramadhan ini jugalah allah menyarankan kita agar bersahur.. Al-Fadhil ustaz ada menyatakan, "Allah s.w.t berada di langit yang ke-3 ketika hambanya bersahur" Hal ini menjelaskan kepada kita mengenai keberkatan bersahur.. Di mana, Allah s.w.t hampir dengan kita menanti hamba nya yang ingin memohon keampunan, nescaya Allah akan ampunkan.. Menanti hambanya yang berhajat kepada Allah nescaya Allah akan tunaikan.. Malahan, Allah memberkati makanan orang-orang yang bersahur.. "Tidak sempurna puasa seseorang itu, sekiranya tidak bersahur" Oleh, bersama-samalah menghayati pengertian sahur yang amat bermakna di sisi Allah s.w.t seterusnya menjamin ibadah Puasa yang sempurna di Bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Kembali kita kepada isu "Nafsu VS Ramadhan".. Kadang-kadang kita berasa hairan, mengapa di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini masih ada segelintir golongang terutama nya golongan remaja yang masih lagi melakukan maksiat dan gejala sosial yang lain yang ternyata amat memeranjatkan kita. Nauzubillah..
Kita baru sahaja tamat menghayati Demam Piala Dunia beberapa Bulan yang lalu.. Namun, adakah kita sedari bahawa Demam Piala Dunia itu merupakan bulan yang sepatutnya kita memperbanyakkan doa yakni di Bulan Rejab? Malah, berterusan hingga ke bulan berikutnya yakni Bulan Syaaban.. Masya Allah...baru suaraminda sedar bahawa kita telah mengalami satu kerugian yang amat besar akibat sebiji Bola!! Allah s.w.t telah membuka seluasnya pintu keampunan ketika itu namun, kita masih alpa dan tidak sedar.. Kita sering membincangkan dimana-mana sahaja tidak kira di rumah. tempat kerja, kedai makan dan sebagai nya adalah mengenai bola, Messi, Brazil dan segalanya berkaitan bola.. Kita bangun malam juga disebabkan Bola!! tanpa memikirkan, itulah waktu sepatutnya kita bermunajat dan beribadat kepada Allah s.w.t di Bulan Rejab dan Syaaban.. Betapa rugi nya kita sahabat2 sekalian...betapa rugi nya kita..!! Bulan Rejab dimana bulan yang penuh dengan keampunan oleh Allah dan Bulan Syaaban yang mulia sebagai persediaan menghadapi Ramadhan telah kita persia-siakan.. Ya Allah...ampunkanlah dosa hamba mu ini.. Adakah aku akan menempuhi bulan Rejab dan Syaaban yang berikutnya Ya allah.. Panjangkan lah usia ku.. Limpahi hidup ku denga rahmat mu Ya Allah dan jauhkan lah aku daripada godaan syaitan serta kelalaiann dalam merebut limpahan rahmat mu yang telah terbuka di depan mata ku ini Ya Allah.. amiiin..
Apa dosa Si kecil ini!! |
Ya Allah!! Mengapa ada manusia yang sekejam ini!! |
Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan kes-kes penderaan sosial, kes bunuh, rogol, seks bebeas dan yang paling memeranjatkan lagi adalah kes pembuangan bayi!! Masya allah..mengapa manusia sanggup melakukan perkara yang sekejam itu? Mengapakah hal ini terjadi? Hinggakan dalam bulan Ramadhan pun kita masih dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang amat membimbangkan!! Kejam nya kita hingga sanggup melaukan perkara sedemikian.. Terlalu mengikut hawa nafsu sehingga melahirkan anak luar nikah.. dah lah melakukan zina, dibuang pula anak itu!! manusia apakah ini!!?? Ya Allah...berikan lah petunjuk kepada mereka..dan jauhkan lah kami daripada terjebak dalam maksiat dan zina..
Ingin suaraminda memetik sedikit kisah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz (dh lupa nama) yang menyampaikan tazkirah sebentar tadi berkenaan Nafsu..
Nafsu merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang amat degil.. Sepertimana kisah yang telah dinyatakan, ketika Allah befirman kepada malaikat "Aku ingin menciptakan manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini".. Malaikat berkata kepada Allah, "Adakah engkau wahai tuhan ku ingin menciptakan manusia yang diberikan Nafsu? Adakah engkau wahai tuhankan ingin melihat dunia ditadbir oleh manusia yang memperkosa anak meeka?cucu-cucu mereka? dan berbunuhan (pertumpahan darah) sesama mereka? Sedangkan kami lebih taat kepada engkau wahai tuhan ku yang tidak pernah ingkar dengan suruhan Mu" Mendengar luahan Malaikat, lalu Allah berfirman lagi, "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui tentang apa yang aku ketahui" Malaikat terdiam dengan firman Allah tersebut.. Begitulah lebih kurang apa yang telah diterangkan oleh Al-Fadhil Ustaz.. (maaf sekiranya agak berlainan)
Ketika Nafsu ingin diletakkan di dalam roh yakni manusia, Allah telah menguji Nafsu dengan 3 kali pertanyaan :
1) Sebat
Allah berfirman kepada Nafsu, " Wahai Nafsu, Siapakah aku dan siapakah engkau?" Kemudian Nafsu menjawab dengan sombong nya, "Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau" Lalu Allah menghukum Nafsu yang bongkak itu dengan sebatan..
kesan sebat..!! |
Wahai sahabat yang dirahmati sekalian, hukuman sebat tersebut sedikit pun tidak menggugat kesombongan nafsu itu tadi.. Mari kita lihat realiti kehidupan kita.. Suaramida ingin mengambil kisah samseng yang dihukum sebat oleh pihak berkuasa.. Namun hukuman tersebut langsung tidak mengendahkan samseng tersebut.. Anda dapat bayangkan sikap samseng??? Degil!! Bertatu serta banyak memeras ugut orang ramai.. Samseng tersebut boleh menyatakan dengan sombongnya kepada pihak penguatkuasa terbabit "Aku tak hairan la dengan hukuman sebat" lihat betapa angkuhnya manusia yang dipengaruhi oleh Hawa Nafsu yang begitu degil dan angkuh..
Oleh yang demikian, jelaslah membuktikan bahawa hukuman sebat, belum mampu mengatasi gejala sosial, mahupun membentuk peribadi seseorang itu menjadi insan yang baik tanpa mengikut hawa nafsu.. Hal ini disebabkan, kedegilan nafsu itu sendiri memtaati Allah s.w.t seperti yang telah dinyatakan diatas..
2) Penjara
Selepas Allah mengenakan hukuman sebat kepada Nafsu, Allah s.w.t sekali lagi bertanya kepada Nafsu, " Wahai nafsu, Siapakah aku dan Siapakah engkau?" Namun nafsu masih menjawab dengan sombongnya dengan berkata, "Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau'.. Lalu, sekali lagi allah menghukum Nafsu dengan memenjarakan Nafsu akibat kedegilan nya itu.. Namun, nafsu masih lagi berdegil, dan tidak mahu mengaku bahwa, Dia adalah hamba Allah..
Wahai hadirin yang dikasihi sekalian, kita lihat suasana sekitar kita.. Pihak berkuasa tempatan mahu pun dunia telah mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang melakukan jenayah.. Misalnya, kepada perogol yang hanya dikenakan hukuman sebat dan penjara.. Namun apa yang kita lihat, masih ada lagi kes-kes melibatkan rogol dan sebagai nya.. Hal ini disebabkan, Nafsu serakah manusia itu tidak dapat dibentuk atau dikawal hanya dengan mengenakan kuungan (penjara).. sebab itu kita dapat lihat, masih ramai golongan terutamnya belia yang terlibat dengan gejala seks bebas, gejala sosial dan buang bayi.. Penguatkuasaan harus diperketatkan lagi.. Bukan hanya dengan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.. Hal ini bertepatan dengan kisah Nafsu yang dikurung oleh allah kerana tidak mahu mengakui keesaan Allah s.w.t dan diterjemahkan kepada diri kita sekarang ini.. Oleh itu, bagaimanakah cara mendidik/mengawal nafsu ini?/
3) Puasa (tidak memberi makan & minum)
Selepas nafsu dikenakan hukuman penjara (kurungan), Allah s.w.t sekali lagi bertanya kepada nafsu, "Wahai nafsu, Siapakah aku dan Siapakah engkau?" Sekali lagi nafsu menjawab dengan penuh kesombongan, "aku adalah aku, dan engkau adalah engkau" Lihatlah sahabat sekalian, betapa degilnya nafsu yang langsung tidak mahu mengaku keesaan Allah yang telah menciptakannya.. Lalu, Allah s.w.t mengenakan hukuman puasa (menahan nafsu daripada makan dan minum) dan akhirnya, Allah bertanya kepada nafsu buat kali yang ketiga, "Wahai Nafsu, Siapakah Aku dan Siapakah engkau".. Lalu, tunduklah nafsu itu kepada pertanyaan allah dengan mengatakan, " Engkau lah Tuhanku, dan Aku adalah hamba mu".. barulah nafsu dimasukkakn kedalam roh (yakni manusia)
Sidang pembaca yang dikasihi sekalian, lihatlah, betapa Allah ingin menunjukkan kepada kita mengenai jalan penyelesaiaan bagi menundukkan Nafsu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.. Dia lah Tuhan yang menciptakan setiap makhluk di Alam ini dan Maha Berkuasa pada tiap-tiap sesuatu.. Syaitan sendiri pun pernah tunduk kepada Allah sebelum menderhaka kepada Allah selepas terciptanya Nabi Adam a.s. Hal ini menunjukkan bahawa Nafsu, lebih teruk berbanding Syaitan yang direjam!!
Oleh yang demikian, tidak hairanlah dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak masih lagi berlaku nya pelbagai perkara yang amat memaranjatkan kita yang melibatkan gejala sosial.. Hal ini disebabkan, mereka tidak menghayati dan menguasai erti puasa yang sebenarnya.. Sekiranya kita betul2 berpuasa, nescaya kita tidak akan melakukan perkara-perkara keji dan terkutuk disisi Allah s.w.t.. Namun, pertambahan kes jenayah terutamanya, Buang Bayi semakin membimbangkan di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.. Sekiranya kita berjaya mengamalkan puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t nescaya perkara-perkara sumbang seperti ini akan dapat diatasi..
Segala perkongsian diharap dapat dijadikan pedoman untuk kita bersama.. Sama-samalah kita memperbaiki dan mempertingkat kan amalan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.. Suaraminda tidak berniat menyentuh peribadi sesiapa.. Oleh itu, ribuan ampun dan maaf diminta sekiranya berlaku sebarang kesilapan dalam penulisan kali ini.. Insya allah, kita kongsi bersama..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
No comments:
Post a Comment