Assalamualaikum, dan salam sejahtera..
Sudah lama suaraminda tidak menulis pada blog ini.. Kini, terdetik kembali rasa di hati ini untuk menulis perkongsian hidup perjalanan sepanjang tahun ini.. Mohon maaf yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang mungkin menganggap suaraminda menyepi, tanpa khabar berita.. Bukan bermaksud sombong atau memutuskan tali silaturrahim, tetapi hati ini merasakan satu kekosongan dan sedikit pincang kebelakangan ini.. Mungkin terlalu sibuk sehingga malas untuk menulis pada blog ini.. Alhamdulillah, pada hari ini Allah telah membuka pintu hati ini untuk terus menulis sambil berkongsi cerita, pandangan dan idea bersama semua sahabat-sahabat yang di sayangi sekalian..
Alhamdulillah.. baru-baru ini suaraminda memperoleh keputusan STPM yang telah diduduki pada tahun lepas.. Syukur kehadrat Allah yang maha esa, suaraminda memperoleh keputusan 4 prinsiple terdiri daripada matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Syariah dan Usuluddin.. Mungkin pada pandangan orang lain, keputusan ini tidak lah yang terbaik.. Namun ia cukup memuaskan hati suaraminda kerana permintaan suaraminda untuk memperoleh sekurang-kurang nya 3 prinsiple telah tercapai.. Malah mendapat bonus 1 prinsiple.. Alhamdulillah..suaraminda cukup puas namun tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian tersebut.. Suaraminda berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.. Insya Allah.. Pilu rasa nya hati ini apabila melihat air mata seorang ibu menangis melihat slip peperiksaan suaraminda.. Air mata tanda bahagia, gembira dengan pencapaian suaraminda.. Ayah juga tidak dapat menahan kegembiraan tersebut walaupun tidak dilafazkan melalui kata-kata.. Suaraminda bertekad untuk terus meningkatkan prestasi kecemerlangan serta membanggakan kedua ibu dan ayah..
Rezeki suaraminda semakin melimpah selepas itu... Limpah kurnia daripada Allah s.w.t suaraminda telah diterima bekerja sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Negeri Sembilan.. Menggantikan guru yang mengambil cuti bersalin bermula bulan Januari-Mac 2010.. satu pengalaman yang cukup indah buat suaraminda.. Sepanjang mengharungi liku-liku penuh berduri sebagai seorang guru, barulah suaraminda mengerti bagaimana pahitnya seorang guru untuk mendidik anak-anak murid menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.. suaraminda akhirnya merasai situasi yang sama.. Para pelajar yang agak kekok untuk meggunakan panggilan "ustaz" atau "cikgu" kepada suaraminda kerana sudah sebati mengganggap suaraminda sebagai "abang" mereka ketika berada di Tingkatan 6 Atas..
Dalam mengharungi tugas sebagai pendidik kepada anak bangsa, pertama kali nya merasai bagaimana susah nya untuk melahirkan seorang yang mungkin bakal menjadi peguam, pendakwah dan pemimpin negara pada masa akan datang. suaraminda sudah mula memegang "roti panjang" yang menjdai santapan kepada pelajar yang degil serta tidak mengikut arahan.. Ada juga pelajar yang manja dengan suaraminda seperti adik-adik di Tingkatan 1.. Suaraminda seolah-olah sedang berhadapan dengan peserta program kecemerlangan anjuran ALTIS CONSULTANT.. Namun, cabaran ini lebih getir.. Bukan mudah untuk memastikan semua pelajar memahami apa yang telah kita ajarkan sepanjang sesi pembelajaran.. Ada yang tidur, bising dan sebagai nya.. Namun, "roti panjang" bukan nya jalan penyelesaian semata-mata.. suaraminda terus memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak didik agar rajin dalam menuntut ilmu serta mengenang jasa ibu dan ayah.. Alhamdulillah, hasil nya, penumpuan mereka dalam sesi pembelajaran amat memuaskan.
Masalah disiplin turut membelenggu suaraminda.. suaraminda telah di amanahkan untuk menjadi salah seorang Guru Disipiln di sekolah tersebut. Tugas tersebut amat mencabar.. Banyak perkara harus difikirkan bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar.. Pernah suatu ketika, seorang pelajar bertindak untuk "ponteng kelas" yang ketika itu merupakan subjek suaraminda mengajar.. Hati ini seolah-olah tercabar dengan tindakan pelajar terbabit.. Nasib baik suaraminda berjaya mengawal perasaan tersebut walaupun pada asalnya ingin bertindak merotan pelajar terbabit.. Walau bagaimanapun. ia merupakan di luar batas tindakan suaraminda.. Hanya pengetua di beri hak untuk merotan dan menurunkan kuasa merotan kepada guru yang berkenaan..Itu lah kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru.. Bukan nya kita tidak ingin mendidik anak bangsa tetapi mereka yang tidak memiliki kesedaran untuk menjadi bangsa yang berjaya pada masa hadapan.. Peing rasa nya memikirkan sikap remaja masa kini yang gemar melakukan aktiviti yang tidak berfaedah malah, meyusahkan masyarakat pula..
Hari meniti hari..akhirnya suaraminda sudah hampir untuk menamatkan "kontrak" perkhidmatan sebagai guru ganti di SMADKLANA.. hari-hari tersebut dihabiskan bersama anak-anak didik untuk menceriakan kelas mereka.. Itu lah kenangan yang tidak dapat suaraminda lupakan.. Habis pakaian dengan kesan cat.. Namun, itu semua tidak menjadi masalah.. Riuh tawa dan suara mereka kadang kala terngiang-ngiang di telinga suarminda.. Aku sayang kan mereka.. Mudah-mudahan keindahan kelas tersebut dapat mencerminkan keindahan akhlak mereka kelak.. Kerana akhlah yang rosak, akan mengakibatkan mereka binasa kelak.. Aku menerima sepucuk surat daripada anak murid ku yang cukup menyentuh perasaan.. Bak kata penyelia asrama di SMADKLANA, "muka je garang, tapi dalam hati ada taman" itulah hakikat nya sifat suaraminda.. Mudah tersentuh jika menyayangi seseorang.. Namun begitu, suaraminda mengharapkan mereka semua dapat meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya berjaya pada masa hadapan.. Kejayaan dalam pelajaran perlulah disertai dengan kejayaan pada akhlak dan budi pekerti mulia.. Pada masa kini, orang yang pandai. tidak semestinya berjaya.. Namun, daku tetap mendoakan yang terbaik buat kalian semua.. Semoga bertemu kembali pada masa yang akan datang.. (14 APRIL 2010) Kenangan bersama kalian semua, tidak dapat aku lupakan!!
No comments:
Post a Comment