Monday, December 28, 2009

Tak Kenal Maka Tak Kenal Lah..

Assalamualiakum w.b.t

Salam sejahtera kepada hadirin hadirat, penbaca pencetus revousi minda..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang menciptakan langit, muka bumi dan segala hidupan di alam ini, selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah s.w.t baginda Nabi Muhammad s.a.w serta sidang pembaca pemangkin kecemerlangan minda.



"salam perkenalan kepada semua pembaca sekalian"



"salam perkenalan"

Suaraminda merupakan seorang insan dan hamba Allah yang dilahirkan pada tanggal 3 April 1990 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Anak kepada pasangan bahagia Abd Hamid bin Noh dan Robiah bt Mansor yang boleh diibaratkan seperti pasangan adam & hawa sesuci cinta sejati mendapat pendidikan awal di Sk Senawang dan juga merupakan mahasiswa tingkatan 6 di SMADKLANA.Suara minda adalah bekas pelatih PLKN di Tanjung Tuan Port Dikson, Negeri Sembilan serta masih lagi menuntut ilmu pengetahuan yang maha luas hingga kini.



Menulis blog bukanlah bertujuan mempromosikan diri sendiri kepada masyarakat awam atau istilah “poyo” bagi golongan muda tetapi bertujuan sebagai medium bagi melahirkan masyarakat terutama dalam golongan belia agar berkongsi pengalaman, idea-idea bernas dan sebarang input-input ilmiah.. Sesungguhnya, ilmu itu adalah milik tuhan yang maha esa.. Oleh itu, istilah “blog” itu tidak boleh ditafsirkan untuk politik semata-mata tetapi, sebagai pemangkin kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan kecemerlangan pemikiran kearah kemajuan era globalisasi kini



Suaraminda ingin mengajak pembaca dan golongan remaja mengetengahkan isu-isu berkaitan golongan remaja yang yang merupakan golongan yang amat penting seperti kata pemimpin Negara, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara” yang akan mewarisi pemerintahan Negara kelak. Suara minda ingin mengutarakan hal-hal berdasarkan pengalaman, isu semasa, dan perkembangan di sekeliling terutama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Negara yang di diami oleh masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi satu “main point” bagi suara minda melontarkan kepada pembaca dengan pelbagai perkara yang boleh di jadikan iktibar dan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca pemangkin kecemerlangan minda


Namun, suaraminda ingin menegaskan bahawa “setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan”. Oleh itu diharap sebarang kesilapan dalam penulisan blog suara minda tijak dijadikan isu yang harus diperbesarkan. Teguran serta komen yang membina dari pembaca juga golongan yang prihatin amat suara minda alu-alukan bagi meningkatkan lagi kualiti penulisan blog ini. Suara minda juga baru mula “berjinak-jinak” dalam ilmu teknologi maklumat bagi melahirkan golongan belia yang celik IT serta memahirkan diri dalam penggunaan kemajuan teknologi “ICT” seterusnya melahirkan golongan belia minda kelas pertama..


Wahai Manusia.. Jauhi Zina!!




ZINA adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.
Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra', ayat 32).
Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”


ingatlah pada Allah sentiasa














Buruknya padah dan balasan orang melakukan zina di dunia diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.


Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.


Rasulullah SAW diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.


Rasulullah SAWV ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.


Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)


Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).


Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Saturday, December 19, 2009

Nasib Saudara ku...Palestin!!

Assalamualaikum... Pembaca yang dirahmati allah... Alhamdulillah pada hari ini suara minda dapat meluangkan masa menulis serta menambah bahan blog agar dapat dikongsi oleh semua sahabat-sahabat dan remaja sekalian...


g


Seluruh penduduk dunia menyambut alam tahun baru dengan penuh kegembiraan dan meriah.. Namun, isu rakyat Palestin di Gaza yang ditindas rejim zionis israel jarang mendapat perhatian negara-negara luar.. Hal ini kerana, mereka mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat dunia.. isu di negara Palestin lebih kepada isu "negara". Walhal, pada hal hakikat nya, Isu di Palestin merupakan isu agama "Islam". Isu agama yang cuba dieksploitasikan kepada isu kemanusiaan.

Walaubagaimana pun, isu kemanusiaan di negara Palestin yang menjadi buah mulut masyarakat dipengaruhi oleh negara kuasa besar dunia iaitu "Amerika Syarikat" sebenarnya lebih kepada hak kebebasan negara islam Palestin di Gaza.. Kita sebagai ummat islam seharusnya mempertahankan kesucian agama islam di Palestin.. Di Palestin juga lah terletaknya kiblat pertama ummat islam iaitu "masjidil aqsa" yang ketika ini sedang dirobek oleh tentera israel bagi mendapatkan khazanah yang terdapat di dalam nya..


Suaraminda amat bersetuju dengan pendapat salah seorang pendidik yang menyatakan bahawa "demonstrasi" bukanlah jalan terbaik dalam membantu rakyat Palestin.. Mengapa Malaysia atau negara-negara islam lain tidak bersama-sama berganding bahu membantu dari segi ketenteraan di Palestin??mengapa kita perlu takut pada mereka?? Isu di Palestin seolah-olah menindas agama kita!!agama Allah s.w.t dan kita hanya mapu demo!demo dan demo!! Mugkin suaraminda silap kerana tidak bersetuju dengan cara ini.. Mana tidak nya, tiada sebarang tindakan di ambil kepada rejim zionis walaupun kita mengadakan demonstrasi.. Namun, demonstrasi begini juga amat bagus bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin serta bantahan terhadap kekejaman Israel!!


kejam!!
kejam!!

Berjihad yakni "berperang" adalah jihad yang paling besar dan paling mulia
di sisi Allah.. Walaubagaimana pun jihad ini amat sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan nyawa.. Suaraminda juga paham dengan situasi begini, ramai yang lebih banyak menghulurkan bantuan seperti wang, bahan makanan dan lain-lain.. Suaraminda sebagai ummat islam merasakan doa menjadi medan bantuan yang baik bagi membantu rakyat Palestin..


Justeru, suaraminda ingin mengajak remaja sekalian, marilah kita bersama-sama mendoakan kemenangan dan kebebasan rakyat Palestin dari ditindas rejim zionis laknatullah Israel!! Adakah kita semua sanggup melihat penderitaan saudara seislam kita di Palestin terus menderita?? Jika isu ini terus dibiarka berpanjangan, nescaya dan pasti negara-negara islam yang lain di seluruh dunia akan menerima nasib yang serupa seperti Palestin.. Hal ini kerana, negara-negara kuat yang bersekongkol disebalik tabir Amerika ini hanya ingin menghancurkan ummat islam..


Isu "keganasan" atau "pengganas" dalam kalangan ummat islam adalah isu yang sengaja ditimbulkan bagi menarik perhatian dunia serta mempengaruhi negara lain agar membenci agama islam serta menyatakan bahawa agama islam ialah agama "keganasan" malahan lebih kepada unsur paksaa.. Sangkaan itu ternyata tidak benar kerana, kebanyakan negara yang mempunyai majoriti ummat islam yang ramai mahupun sedikit merupakan negara yang aman dan damai.. Tetapi, kekejaman serta spekulasi yang cuba di gembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat menjadi kan isu 11 September sebagai satu isu keganasan yang dimulakan oleh ummat islam..





apakah dosa anak kecil ini??!!





















Membantu negara Palestin merupakan satu amanah oleh Allah kepada kita... Hakikatnya, perpaduan dalam kalangan ummat islam serta konsep ukhuwwah islamiyah semakin goyah.. Marilah remaja sekalian, suaraminda menyeru remaja serta pembaca sekalian agar kita memperkuatkan keimanan, ukhuwwah islamiyah serta perpaduan kita dalam membantu rakyat Palestin di Gaza.. Sesungguhnya perbauatan rejim zionis amat tidak berperi kemanusiaan!!! anak-anak kecil di bom!wanita diperkosa! bangunan-bangunan pentadbiran serta kawasan penempatan orang awam dimusnahkan malahan bantuan kemanusiaan juga disekat dari disalurkan kepada rakyat Palestin!! apa makna ini semua??
                                       
                                                                                                
Oleh itu, jelaslah wahai remaja sekalian, kita haruslah mempertahankan agama islam dari terus dipijak!! dihina!!

Oleh itu remaja sekalian, apa yang boleh kita bantu, apa yang terdaya, marila kita laksanakan.. Senjata "doa" menjadi bom utama yang bakal menghancurkan rejim zionis dan Amerika Syarikat.. Marilah kita memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan segala perkaitan dengan nya sebagai langkah 1/10 bagi meliumpuhkan ekonomi mereka.. Akhir kalam, marilah kita bermuhasabah serta membacakan Al-Fatihah buat mereka yang syahid di bumi Palestin...    

Al-fatihah...



SENARAI PRODUK ISRAEL...laknatullah!!!!



Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

mari kita boikot barang-barang tersebut
mari kita boikot barang-barang tersebut






Tuesday, December 15, 2009

Tokoh Ilmuan Islam "Al-Khawarizmi"



BIODATA..


Tokoh yang bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi (780-846 M) ini merupakan intelektual muslim yang banyak menyumbangkan karyanya di bidang matematik, geografi, musik, dan sejarah. Dari namanyalah istilah algoritma diambil.

Lahir di Khawarizmi, Uzbekistan, pada tahun 194 H/780 M. Kepandaian dan kecerdasannya megiktiraf beliau masuk ke lingkungan Dar al-Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga penelitian dan pengembangan ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid, seorang khalifah Abbasiyah yang terkenal.

Hisab al-Jabr wa al-Muqabla (Pengutuhan Kembali dan Pembandingan) dan Al-Jama’ wa at-Tafriq bi Hisab al-Hind (Menambah dan Mengurangi dalam Matematik Hindu) adalah dua di antara karya-karya Al-Khawarizmi dalam bidang matematik yang sangat penting. Kedua karya tersebut banyak menguraikan tentang persamaan (linear dj& quadratic); penghitungan integrasi dan persamaan dengan 800 contoh yang berbeza; tanda-tanda negatif yang sebelumnya belum dikenal oleh bangsa Arab. Dalam Al-Jama’ wa at-Tafriq, Al-Khawarizmi menjelaskan tentang selok-belok kegunaan angka-angka, termasuk angka no dalam kehidupan sehari-hari. Karya tersebut juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Al-Khawarizmi juga diyakini sebagai penemu angka no l.

Sumbangan Al-Khawarizmi dalam ilmu ukur sudut juga luar biasa. Tabel ilmu ukur sudutnya yang berhubungan dengan fungsi sinus dan garis singgung tangen telah membantu para ahli Eropah memahami lebih jauh tentang ilmu ini.

Selain matematik, Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai astronomi. Di bawah Khalifah Ma’mun, sebuah pasukan astronomi yang dipimpinnya berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran bumi. Penelitian ini dilakukan di Sanjar dan Palmyra. Hasilnya hanya selisih 2,877 kaki dari ukuran garis tengah bumi yang sebenarnya. Sebuah perhitungan luar biasa yang dapat dilakukan pada saat itu. Al-Khawarizmi juga menyusun buku tentang penghitungan waktu berdasarkan bayang-bayang matahari.

Al-Khawarizmi juga seorang ahli geografi. Bukunya, Surat al-Ardl (Bentuk Rupa Bumi), menjadi dasar geografi Arab. Karya tersebut masih tersimpan di Strassberg, Jerman.
Selain ahli di bidang matematik, astronomi, dan geografi, Al-Khawarizmi juga seorang ahli seni muzik. Dalam salah satu buku matematiknya, Al-Khawarizmi menuliskan pula teori seni muzik. Pengaruh buku ini sampai ke Eropah dan dianggap sebagai perkenalan muzik Arab ke dunia Latin. Dengan meninggalkan karya-karya besar nya sebagai ilmuwan terkemuka dan terbesar pada zamannya, Al-Khawarizmi meninggal pada tahun 262 H/846 M di Bagdad.


SUARA MINDA mengajak remaja sekalain mencontohi keperibadian AL-KHAWARIZMI yang ternyata disegani oleh masyarakat eropah malah seluruh duia.. bakal-bakal saintis muda harus mencontohinya dan kita tidak semestinya harus mengagungkan tokoh-tokoh ilmuan lain yang natijah nya mengambil iktibar daripada kisah sejarah ilmuan islam??? kenapa harus berbangga dengan mereka??? fikir2 kan lah sahabat ku sekalian yang dirahmati allah..

Astronomi

Assalamualaikum... Salam sejahtera kepada semua pembaca blog suaraminda yang dikasihi lillahi taala.. Alhamdulillah pada hari ini suaraminda berpeluang menulis blog bagi tatapan rakan-rakan dan remaja sekalian..
Pada kali ini suaraminda ingin berkongsi pengalaman mengenai satu program yang suaraminda hadiri bagi memantapkan lagi lmu di dada mengenai bintang-bintang di langit dan alam semesta yang di kenali dengan ilmu "astronomi"


indah nya ciptaan Allah
indah nya ciptaan Allah
Untuk pengetahuan remaja yang masih belum mengetahui mengenai ilmu astronomi, banyak kepentingan yang kita perolehi daripada ilmu kajian bintang ini. Selain mengkaji kebesaran Allah s.w.t kita juga dapat mendekatkan diri dengan pencipta alam semesta ini. Antaranya, di langit malam, terdapat berbilion-bilion bintang yang telah dikaji dan masih tidak dapat dikaji oleh manusia. Mengenai ilmu angkasa, hakikatnya satelit yang dicipta oleh negara-negara membangun seperti Amerika dan Russia bukan sahaja untuk tujuan komunikasi bahkan tujuan peperangan. Tidak hairanlah Russia dan Amerika menjadi sebuah negara yang digeruni kerana kecanggihan sistem pertahanan mereka.

Untuk pengetahuan rakan-rakan juga, Urine Gagarine merupakan angkasawan pertama dunia yang berjaya sampai ke ankasa lepas. Tetapi mesti rakan-rakan tidak percaya bahawa, teknologi pada zaman tersebut menghantar Urine Gagarine ke angkasa dengan menaiki peluru berpandu jarak jauh. Pelik tapi benar?? idea ini dicetuskan oleh astronomi dan saintis di Russia yang menganalisa peluru berpandu jarak jauh agar dipancarkan ke atas melalui daratan ke orbit bumi. Namun pada tahun-tahun yang berikutnya pengenbaraan pertama ke angkasa lepas dijalankan dengan menghantar Yuri Gagarine  pada 12 April 1961 dengan menaiki roket Vostok 1 juga menggunakan sistem peluru berpandu yang dilancarkan oleh Program Angkasa Soviet Union.

Namun, percubaan pertama menghantar hidupan ke angkasa sebelum Yuri Gagarine ialah cubaan menghantar seekor anjing ke angkasa. Anjing itu diberi nama Laika. Laika dihantar ke angkasa lepas pada 3 November 1957. Perjalanan berjalan lancar namun tragedi menyayatkan hati berlaku disaksikan hampir semua saintis dimana Laika mati akibat kepanasan haba yang melampau bagaikan "hot dog"  kerana penebat haba yang diletakkan pada oket tersebut tertanggal ketika berlepas. Agak-agak nya, jika manusia dihantar ketika itu macam mana la agak nya?? Mungkinkah sama seperti rakyat Palestin yang tidak berdosa terkena kesan bahan kimia akibat tindakan rejim zionis Israel!!menggunakan senjata dan peluru berpandu mengandungi bahan kimia FOSFHORUS!!??kesannya lebih hebat dan kejam!! Kasihan Laika....

Fakta lain mengenai angkasa, apabila manusia berada di angkasa, kita akan mengalami masalah tulan menjadi rapuh akibat tekanan graviti yang terlalu rendah di angkasa lepas. Di bumi tekanan graviti bumi membantu ketahanan tulang manusia berbanding di angkasa. Alhamdulillah..sebab itulah angkasawan terpaksa bersenam 3 jam sehari berterusan bagi merangsang otot manusia yang malas ketika berada di angkasa.. Tak percaya??tanyalah Dato' Sheikh Muzaphar angkasawan negara kita.

Kajian mengenai planet-planet di angkasa pula, bermula dengan matahari. Matahari merupakan bintang yang paling dalan sistem bimasakti kita. Namun jangan terkejut kerana ada banyak bintang lain lagi yang lebih besar dan lebih hebat dari matahari dalan sisten yang lain.. Sedikit fakta mengenai Planet 'Mercury', suhu di planet ini pada waktu siang mencecah sehingga 250 darjah selcius. lebih panas dari gurun sahara di bumi. Manakala pada waktu malam, suhunya mencapai hingga negatif -200 darjah selsius lebih sejuk berbanding kutub utara.. Planet Venus atau dikenali sebagai planer 'kejora' dan dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai planet zuhrah adalah merupakan adik kembar planet bumi.....Hal ini kerana,planet Zuhrah mempunyai persamaan dari segi saiz dalam beberapa ratus kilometer sahaja. Namun, permukaan di planet zuhrah lebih panas dari Mercury kerana haba yang terperangkap di dalam planet zuhrah (di bumi kita panggil 'green house effect')
seterusnya planet kita iaitu planet bumi, kita berada berada betul-betul di garisan tengah bimasakti. Oleh yang demikian, kita seharusnya bersyukur kerana kelebihan kita yang tidak terlalu dekat dengan matahari dan tidak terlalu jauh oleh itu, planet kita dapat didiami dengan selesa dan kerana bula juga, kita terselamat dari menerima hentaman asteroid serta lapisan atmosfera membantu kita dari menerima hentaman komet yang memasuki lapisan atmosfera bumi. ISS atau International Space Station berada hanya 3000 kilometer dari bumi. Menkjubkan bukan?? inilah ciptaan Allah yang tiada siapa pun makhluk dapat mengatasinya.. Seterusnya, jiran kita yang terdekat iaitu planet Marikh. Planet Marikh memiliki # gunung berapi tidak aktif yang bersaiz 3 kali ganda besar dari gunung everest di Bumi. mDi Marikh terdapat ais dan karbon dioksida seperti di bumi. Oleh itu, saintis berpendapat bahawa kita boleh tinggal di Marikh. Namun, kajian masih giat dijalankan bagi memastikan kebenarannya. Di Marikh terdapat 2 jenis bulan yang dipanggil 'fabos' dan 'bemos'. Kajian para  astronomer mentafsirkan bahawa bulan di Marikh bukanlah bulan seerti di bumi tetapi ianya adalah sebuah Asteroid??hairan..

Planet Musytari merupakan planet yang besar iaitu sebesar 12 kali diameter bumi. Planet Musytari terdiri daripada gas semata-mata..kalau tak cukup gas NGV pergilah ke planet Musytari.. Kehebatannya pula, di Musytari terdapat puting beliung sebesar   3 kali bumi!!!subhanallah...hebat betul ciptaan tuhan.. puting beliung yang kecil di bumi sudah memusnahkan macam-macam benda ini kan pila di Musytari. Selain itu, terdapat 65 jenis bulan. Banyaknya!!! salah satu dikenali sebagai IO iaitu bulan paling unik yang pernah  dijumpai. Di planet Saturn pula terdapat lebih kurang 59 jenis bulan serta memiliki bulan yang paling cantik. Lepas ini, Musytari dan Saturn boleh la berkongsi bulan di bumi. Agaknya kalau manusia tinggal di dua planet ini, lambat nya nak sampai setahun kan??? di Uranus juga terdapat banyak bulan iatu sebanayk 30 bulan. Di planet Neptune terdapat satu lubang hitam dipercayai lapisan atmosfera yang berlubang???ada pembakaran terbuka ke di Neptune??? Planet Pluto terdapat 3 bulan salah satunya dikenali sebagai bulan Sheron..(macam nama p[emimpin yahudi yang tengah terseksa sekarang...padan muka!!!) Belum ada kapal angkasa yang berjaya mendarat di Pluto.Pluto ekspress (kapal angkasa) dari bumi sedang menuju ke Marikh dan dijangka tiba pada 2015 (masa tu umur suaraminda pun dah 25...dah berumah tangga kot...heheh)
Sedikit maklumat tentang bintang di langit, kajian yang dilakukan oleh para astronomer menjumpai bintang cirius (bintang ini lebih besar dari matahari) serta bersinar terang pada waktu malam. Btelgeus, adalah bintang yang paling besar di alam semesta yang pernah dijumpai oleh manusia menggunakan satelit yang dihantar serta berlegar-legar di orbit bumi..

Remaja sekalian...renungkanlah kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji mengenai kebesaran Allah s.w.t Selain berguna untuk kehidupan kita seharian, ilmu astronomi juga amat berguna dalam kita mengenali betapa kerdilnya kita di bumi Allah.. Renung kan lah..

Tuesday, October 20, 2009

Walimatul Urus

DEFINISI…

Menurut Imam Ash-Shan’ani , Kata walimah (ÙˆَÙ„ِÙŠْÙ…َØ©) diambil dari kata asal (ولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.


Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:

Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis) pernikahan secara khusus.

Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan) .

Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi seorang pengantin dengan Zainab bin Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)


Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .

Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsure maksiat dan perkara yang bercanhggah dengan syara’

Contoh :- majlis tari-menari, menyanyi, mengadakan majlis secara besar-besaran dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga mahupun keturunan.

Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakan dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugat masa depan rumah tangga.


HUKUM WALIMATUL URUS…

Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar tidak timbul fitnah.

Imam Ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:

“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu disunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak tahu apabila ada ulama yang mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut”.

Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah.”

Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah:

“Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.”



HUKUM MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN..

Sesiapa yang diundang ke majlis perkahwinan “wajib” menghadiri majlis tersebut sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah ataupun keuzuran syara’. Selain itu, “wajib” untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sekiranya majlis itu tidak berunsurkan maksiat dan khurafat.


Siapa Yang Mengadakan Walimah

Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.

Dari Anas r.a beliau berkata:

“Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)







Juga dari Anas r.a beliau menjelaskan:

“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah.

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)


Waktu Walimah

Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.

Ibnu as-Subki berkata:

“Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin,

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh) .

Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun’im Salim:

“Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)



KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN..


1) Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t
2) Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut yakni hubungan yang telah menghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.
3) Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)
4) Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru
5) Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan dan ukhuwah Islamiyah antara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
6) Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.
7) Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan tersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut.


ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.
1. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”
2. Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

3. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”
Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:
“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa, perempuan yang bersifatdengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”
Sebuah hadis Rasulullah saw lagi:
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina.”
4. Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”
Rasulullah saw. bersabda:
“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”

Sekularisme..


PENDAHULUAN…

Walaupun Malaysia sudah menggapai 52 tahun kemerdekaan, namun kebanyakan Negara-negara di dunia masih mengamalkan ideologi  yang telah diperkenalkan oleh barat antaranya termasuklah ideologi  sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan selepas Perang Salib pada kurun ke-11. Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mempelopori aliran pemikiran sebegini berusaha mempengaruhi orang islam dan sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi mereka. Hal tersebut tercatat di dalam Al-Quran            :-





120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

DEFINISI…
Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini…
Ia juga membawa erti satu generasi atau zaman..
Istilah   :-  Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran  daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia…

CIRI-CIRI  SEKULARISME…

Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja

Anti agama dan tradisi

Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik)

Kebendaan (materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara

Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta  semua perkara dipisahkan dari agama.

AMALAN SEKULARISME…

Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara

Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya

Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam

ISLAM MENOLAK SEKULARISME..

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya
terang-terangan tidak berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.

Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia. Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia. Motonya          :-




“Berikan apa untuk urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”




PENGARUH SEKULARISME TERHADAP UMMAT ISLAM..

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang berkaitan agama.

Dari aspek Agama  : -

Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan.  Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.
Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.

Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan

KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM…

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh    Allah s.w.t di akhirat kelak

Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.
Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting.
Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)

Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.

Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan.
Sumber ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.

Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.


Kesimpulannya, ummat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kesyumulan Islam itu terkandung dalam akidah, syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara.